Setelah kurang setahun di pasaran, akhirnya Microsoft mengambil keputusan untuk menamatkan pengeluaran telefon pintar Android Nokia. Ini berikutan langkah Microsoft membuang sebanyak 18,000 pekerja dan 14,500 daripadanya dari Nokia.
Microsoft pertama kali melancarkan telefon pintar Android Nokia pada acara MWC 2014 di Barcelona pada bulan Februari tahun ini dengan pengenalan Nokia X, X+ dan XL. Harapan yang tinggi diletakkan padanya, namun 6 bulan selepas Stephen Elop tampil ke pentas untuk memperkenalkannya, CEO Microsoft baru, Satya Nadella, menutup pintu kepada peranti itu dalam satu surat terbuka kepada para pekerjanya.
Nadella memberitahu bahawa rekaan Nokia X akan beralih menjadi peranti Nokia Lumia yang menjalankan Windows Phone. Ia akan dibina di atas kejayaan di sektor telefon pintar bajet dan selari dengan rancangan untuk membangunkan aplikasi universal Windows.
Namun ia tidak bermakna telefon pintar Nokia X dan X2 sedia ada akan bertukar menjadi Windows Phone, tetapi ia hanya melibatkan model yang sedang dibangunkan.
Situasi diterangkan lagi oleh Elop dalam satu email yang mengatakan Nokia merancang untuk menambahkan lagi model Lumia berkos rendah dengan menukarkan rekaan Nokia X akan datang kepada peranti Windows Phone. Peralihan ini akan dikuatkuasakan segera sementara Nokia akan terus menjual produk Nokia X Android sedia ada.
0 comments:
Post a Comment