This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Peminat Arsenal Tegar? Huawei Kini Menawarkan Ascend P7 Versi Khusus Untuk Anda

Huawei sedia memeterai perjanjian kerjasama dengan pihak Arsenal sebelum ini, dan hari ini pengeluar telefon dari China tersebut mengumumkan telefon pintar Ascend P7 mereka edisi khusus untuk para peminat Arsenal.

Seperti semua sedia maklum, Ascend P7 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan lapan teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB bersama sokongan kad mikro-SD. Untuk kamera belakang ia hadir dengan sensor 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.
Huawei Arsenal
Khusus untuk versi Arsenal, ia turut hadir dengan beberapa kandungan tambahan, termasuk dari segi ikon, gambar latar, beberapa aplikasi memfokuskan bola sepak, serta kandungan daripada BBC.
Huawei Arsenal
Ia tidak diketahui lagi bilakah versi ini akan dijual di pasaran Malaysia.

Bagi anda yang menyokong pasukan Arsenal, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini sebagai sokongan untuk pasukan yang diminati anda?

Layari lawan web Arsenal untuk maklumat lanjut.

2 comments: