This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kapasiti Bateri Apple IPhone 6 4.7″ Dan 5.5″ Didedahkan

Dengan tarikh pelancaran generasi terbaru iPhone 6 berbaki dua bulan sahaja, banyak maklumat penting mengenai dua model iPhone 6 diketahui, namun tidak terdapat sebarang laporan yang mendedahkan kapasiti bateri yang akan dimiliki oleh telefon pintar ini.
apple-iPhone-6-battery-capacity
Laporan dari media China ( kebanyakkan laporan adalah dari China kerana Apple iPhone dikilangkan di sana) telah mendedahkan maklumat kapasiti bateri bagi iPhone 4.7” dan iPhone 6 5.5”

Versi iPhone 6 yang lebih kecil dijangka hadir dengan kapasiti bateri antara 1,800mAh dan 1900mAh manakala versi phablet iPhone 6 ini akan memiliki bateri berkapasiti 2,500mAh

Jika kapasti bateri yang dilaporkan ini adalah benar, Apple dilihat telah meningkatkan kapasiti bateri dengan jumlah yang tinggi. Sebagai perbandingan iPhone 5s hadir dengan bateri berkapasiti 1560 mAh manakala iPhone 5C hadir dengan bateri berkapasiti 1510 mAh.

Walaubagaimanapun, masih menjadi tanda tanya sama ada bateri berkapasiti besar ini akan memberikan jangka hayat yang lebih lama atau pun tidak. Keraguan ini timbul adalah kerana telefon pintar Android yang mempunyai saiz skrin paparan yang sama hadir dengan kapasti yang jauh lebih besar.

Pengguna Apple memang telah lama menantikan perubahan pada bahagian bateri ini kerana telefon pintar Apple perlu dicas sekurang-kurangnya dua kali sehari dan disebabkan ini pencabar utama Apple iaitu Samsung telah membuat satu iklan video yang memperlekehkan pengguna Apple yang anda boleh tonton di bawah.

0 comments:

Post a Comment