This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Sony Xperia Z3 & Z3 Compact Dilancarkan Di IFA, September Ini

Sony Mobile mempunyai strategi memperkenalkan dua telefon pintar utama setahun dan ini mungkin tidak mendapat sambutan yang baik memandangkan jangka hayat sesuatu telefon pintar utama hanya 6 bulan namun strategi ini akan dikekalkan buat masa sekarang.

Dengan pelancaran Xperia Z2 dilakukan awal tahun ini, adalah logik untuk kita perkatakan bahawa model Xperia Z3 akan dilancarkan sekitar bulan Ogos atau berkemungkinan besar di IFA yang akan diadakan pada awal bulan September.

Xperia Z3 juga akan dilancarkan bersama-sama satu lagi versi mini model telefon pintar ini dan akan dikenali sebagai Z3 Compact.

Gambar yang dipaparkan ini adalah model Xperia Z3 dan Z3 Compact dan kedua-dua model ini mempunyai panel sisi skrin yang lebih nipis berbanding model sebelum ini.

sony-xperia-z3-concept-malaysia-price-harga

Xperia Z3 dijangka hadir dengan skrin paparan QHD dan ini adalah sebagai persediaan Sony menghadapi persaingan daripada LG yang telah melancarkan G3 dengan skrin paparan QHD manakala Apple mungkin melancarkan model utamanya dengan skrin paparan yang lebih lebar dan baik.

Walaubagaimanapun, harus kami ingatkan kepada anda bahawa terdapat kemungkinan bahawa gambar ini adalah palsu dan reka bentuk Xperia Z3 dan Z3 Compact mungkin sedikit berlainan.

0 comments:

Post a Comment