This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Cip Apple A8 Masih Dual Core Tapi Jauh Lebih Pantas

Dari dulu lagi Apple tidak pernah berminat dalam perlumbaan pemproses. Sedang kebanyakan telefon pintar Android mengenakan pemproses quad core dan octa core, Apple masih kekal dengan pemproses dual core. Menurut laporan terbaru, perkara tersebut tidak akan berubah dengan cip Apple A8.

Apple A8

Cip Apple A8 Masih Dual Core Tapi Jauh Lebih Pantas
Laman China cnBeta.com melaporkan bahawa cip pemproses Apple A8 yang dijangka akan dilengkapkan pada telefon pintar iPhone 6 akan datang adalah sebuah cip dual core. Namun, sementara cip terkini A7 mempunyai kelajuan 1.3GHz, cip terbaru itu akan mempunyai kelajuan 2GHz atau lebih.

Perkakasan Apple tidak pernah terasa kurang berkuasa, namun penambahan kepantasan pada A8 mungkin akan memberikan satu peningkatan prestasi yang jelas. walaupun terdapat laporan lain yang mengatakan Apple mahu memfokuskan kepada efisyensi dan bukan prestasi, jadi agak kabur tentang berapa banyak peningkatan prestasi yang akan diperolehi daripada cip baru itu.

Di samping lebih pantas, cip terbaru itu dihasilkan melalui proses 20nm, menjadikan ia lebih kecil dari pemproses A7 28nm. Ini bermakna elektron memerlukan hanya jarak yang kecil untuk bergerak membawa kepada peningkatan prestasi dan pengurangan penggunaan tenaga. Pemproses itu juga dilaporkan mengekalkan senibina 64-bit.

Di atas kertas, pemproses Apple ini kelihatan ketinggalan di belakang Android dan Windows Phone, namun walaupun ia mempunyai kekurangan dari segi kuasa pemproses, ia mempunyai kelebihan dari segi keserasian perkakasan dan perisiannya.

0 comments:

Post a Comment