This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung Galaxy Alpha Bocor Ke Web

Telefon pintar premium keluaran Samsung yang telah tersebar meluas baru-baru ini, dipanggil dengan dua nama iaitu Samsung Galaxy F atau Samsung Galaxy S5 Prime. Tetapi dalam maklumat baru yang dibocorkan, ia dipanggil pula sebagai Samsung Galaxy Alpha.

Samsung Galaxy Alpha


Terbaru dalam kisah Samsung Galaxy F atau Galaxy S5 Prime, G4Games yang memetik media Korea yang mendakwa Samsung akan melancarkan telefon pintar premium Samsung Galaxy Alpha pada bulan Ogos, di hadapan pengumuman iPhone 6.

Galaxy Alpha juga didakwa akan memiliki badan yang diperbuat dari logam dan ia dilaporkan mempunyai persamaan dengan Samsung Galaxy F.

Sumber-sumber malaporkan Samsung ingin memanafaatkan jurang yang terdapat di antara model Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note dengan mengelurakan Galaxy Alpha, seolah-olah belum cukup bilangan model telefon pintar yang dikeluarkan Samsung.

Namun, nama “Alpha” berbunyi seperti sebuah nama kod bagi peranti, jadi, dijangkakan Samsung akan menukar nama peranti tersebut menjelang pelancarannya – berkemungkinan dalam bulan Ogos.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kemungkinan Samsung akan melancarkan versi premium telefon pintar Galaxy S5 (dan bukannya Galaxy Alpha) di samping pelancaran Galaxy Note 4 pada acara IFA 2014 di Berlin pada bulan September nanti.

0 comments:

Post a Comment