This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Huawei Bakal Memperkenalkan Honor X Pada 22 Julai – Tarikh Sama Dengan Pengumuman Xiaomi

Xiaomi sebelum ini telah memperlihatkan beberapa teaser untuk peranti baru mereka yang dijadualkan pada tarikh 22 Julai. Menariknya, satu lagi pengeluar popular dari China, iaitu Huawei turut tidak ingin ketinggalan dan turut menjadualkan sebuah acara pengenalan khas pada tarikh sama.

Huawei Honor 22 Julai

Maklumat penuh mengenai telefon pintar Honor baru ini tidak diketahui sepenuhnya. Berkemungkinan kita akan dapat melihat antaramuka baru EmotionUI 3.0 bersama-sama dengannya, selain mungkin turut hadir dengan sokongan LTE padanya.

Dengan kedua-dua syarikat pengeluar popular dari China ini menjadualkan pengenalan peranti baru pada tarikh yang sama, semestinya ramai pengguna ingin melihat apakah yang bakal ditawarkan oleh kedua-dua pihak ini kelak.

0 comments:

Post a Comment