Seolah-olah menjadi satu trend untuk pengeluar telefon pintar membangunkan pembantu peribadi digital untuk telefon pintar keluaran mereka. Kini Blackberry pula tampil dengan pesaing Siri dan Cortana, dinamakan Blackberry Assistant.
Awal tahun ini terdapat khabar angin mengatakan syarikat Kanada, Blackberry, akan membangunkan sebuah pembantu peribadi digital setaraf Siri dan Cortana. Dinamakan Blackberry Assistant, pembantu peribadi digital ini telah disahkan oleh Blackberry akan disertakan dengan kemaskini Blackberry 10.3 akan datang.
Ketua pemasaran media sosial dan editor Donny Halliwell dalam pos di laman Inside BlackBerry telah berminggu-minggu menggunakan Blackberry Assistant pada telefon pintar beberntu segi empat sama, Balackberry Passport dan memberi komen, “Anda akan terkejut betapa tepatnya ia”.
Halliwell menerangkan fungsi-fungsi utamanya. Anda boleh menggunakan arahan suara atau menaip pada skrin utama untuk membuat pertanyaan kepada aplikasi tersebut. Anda boleh memeriksa email dan memeriksa kalender dan acara hingga ke mencari web untuk lirik lagi dan memeriksa akaun Twitter.
“Lebih banyak saya menggunakannya, lebih banyak ia menyesuaikan diri kepada saya”, kata beliau. “Semakin banyak saya bercakap dengannya, semakin tepat ia memahami pertanyaan saya”.
Blackberry Assistant serasi dengan mana-mana peranti Bluetooth dan akan mengingatkan anda mengenai acara dan temujanji serta boleh juga menghantar mesej BBM untuk anda. Semua ini boleh dilakukan dalam mod handsfree, jika anda mahu.
Walaubagaimanapun, satu butiran yang Halliwell terlupa untuk nyatakan ialah bilakah kemaskini BBM 10.3 akan dilancarkan.
0 comments:
Post a Comment