This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Hattrickwear : “Google Glass” Mampu Milik

Google Glass ialah peranti boleh pakai yang masih belum digunakan secara meluas kerana jualannya dihadkan dan mempunyai harga yang tidak mampu milik. Sejak diperkenalkan kami hanya pernah melihat 3 hamba Allah menggunakan peranti boleh pakai ini di Malaysia. Secara peribadi kami masih belum yakin Google Glass akan digunapakai secara meluas kerana teknologi yang digunakan masih belum matang di samping jumlah fungsi yang terhad bagi sebuah peranti yang mempunyai harga yang lebih mahal dari kesemua peranti pintar di pasaran sekarang.


Tetapi sekiranya anda mahu memiliki sebuah “Google Glass” tanpa perlu merobekkan akaun bank anda, Hattrickwear ialah alternatif yang ada sekarang. Ianya digunakan dengan sebuah iPhone yang kemudian dipasang pada topi yang dipakai pemilik. Hattrickwear ialah buah fikiran Omar Isaac yang mahu mencipta peranti boleh pakai yang mampu milik dan menggunakan peranti yang sudah anda miliki. Selain pendakap telefon pada topi dan sistem prisma, Hattrickwear juga didatangi dengan sebuah alat kawalan jauh bagi memudahkan operasi.

0 comments:

Post a Comment