This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Adakah Telefon Pintar Android L Ini Moto X + 1?

Android L dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, namun agak mengujakan apabila OS baru itu didapati dijalanankan pada peranti misteri yang tidak dikenalai walaupun oleh orang yang menerbitkan video peranti tersebut. Adakah ia Moto X + 1

Moto X + 1


Sebuah video telah diterbitkan yang menunjukkan Android L dijalankan pada sebuah peranti misteri yang tidak dikenali, termasuk oleh orang yang menerbitkan video itu sendiri. TK dari TK Tech News menerima sebuah video berkenaan sebuah telefon pintar 1080p misteri dari satu sumber yang enggan dikenali dan beliau sendiri pun tidak tahu peranti apakah yang dipaparkan dalam video tersebut.

Dia mengangarkan ia adalah sebuah peranti prototaip. Menurutnya lagi, peranti ini jauh lebih besar dari Moto X dan ia juga lebih besar dari telefon pintar Nexus 5. Ia lebih besar dari 5 inci.



TK juga membuat spekulasi bahawa peranti tersebut mungkin salah satu dari tiga peranti Droid yang akan dijual oleh Telco Verizon di US tahun ini di mana telefon pintar misteri ini sememangnya dijalankan atas talian Verizon. Samada ia telefon pintar itu atau ia sebuah telefon pintar Moto X + 1 yang juga dijangka dikeluarkan tahun ini.

Tidak ada cara untuk mengetahui dengan yakin jenis telefon pintar ini sehingga sumber-sumber mendedahkannya. Namun, telefon pintar ini dilengkapi ikon dan butang navigasi Android L.

Boleh juga jadi ia sebuah peranti palsu, walaupun TK yakin ia peranti sebenar. Sehingga kebenarannya diketahui, sebarang kesimpulan tidak dapat dibuat mengenai peranti ini.

0 comments:

Post a Comment