This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

50 Ribu Xiaomi MiPad Habis Dalam 4 Minit – Akan Tiba Di Malaysia

Tablet terbaru Xiaomi yang dilancarkan pada bulan Mei telah mula dijual secara rasmi di China dan seperti biasa, produk ini juga di jual secara atas talian melalui Mi Store. Sebanyak 50,000 unit Xiaomi MiPad telah habis dijual didalam masa 3 minit 59 saat. 
xiaomi-mipad-malaysia-harga
Tablet 7.9-inci ini yang mempunyai reka bentuk hampir sama seperti iPad Mini Retina Display ini ditawarkan didalam dua versi iaitu 16GB dan 64GB, versi 16GB dijual pada harga 1,499 Yuan iaitu sekitar RM776 manakala versi 64GB pula dijual pada harga 1,699 Yuan (sekitar RM 880) dan seperti dijanjikan oleh Hugo Barra yang merupakan naib presiden Xiaomi, tablet MiPad ini akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Bercakap mengenai spesifikasi, walaupun mempunyai harga penjualan yang berpatutan, tablet MiPad ini hadir dengan srkin paparan IPS 7.9-inci yang dibuat oleh Sharp. Ianya mempunyai resolusi 2048×1536 piksel dan lebih menarik disini adalah, skrin paparan ini adalah sama seperti skrin paparan yang digunakan oleh Apple pada tablet iPad Mini Retina Display.
Dari segi pemproses pula, MiPad hadir dengan pemproses berkuasa tinggi Nvidia Tegra K1 berkelajuan 2.2Ghz, 2GB RAM, kamera hadapan 5MP, kamera belakang 8MP dan ditawarkan didalam dua pilihan memori simpanan dalaman. maklumat lanjut mengenai MiPad disini

Bercakap mengenai tarikh penjualan MiPad di Malaysia, kami menjangkakan Xiaomi akan menawarkan model ini sebelum penghujung tahun ini pada harga yang hampir sama di China.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini pengumuman produk-produk Xiaomi Malaysia bersama kami.’

0 comments:

Post a Comment