This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Malaysia Menjual 5,000 Unit Redmi 1S Esok – RM 419

Selepas sebelum ini mengumumkan kemasukan dua model baru ke pasaran Malaysia, Xiaomi Malaysia akan mula menjual salah satu model telefon pintar tersebut mulai esok. Model yang disebut adalah Redmi 1S yang akan ditawarkan pada harga RM 419 dan seperti kebiasaanya unit yang ditawarkan adalah terhad iaitu hanya 5,000 unit.
xiaomi-malaysia-redmi-1s-malaysia-big

Redmi 1S hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 4.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel 312ppi, pemproses Qualcomm MSM8228 Snapdragon berkelajuan 1.6GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman ( menyokong kad memori microSD sehingga 32GB), kamera belakang 8MP, kamera hadapan 1.3MP dan dilengkapi bateri berkapasiti 2,000 mAh.

Selain Redmi 1S, Xiaomi Malaysia juga akan menawarkan 8,000 unit telefon pintar Mi 3 pada harga RM 769, 10,000 unit powerbank 10,400mAh ( RM 36) dan 5,000 unit powerbank 5,400mAh ( RM 25).

Satu lagi model yang akan memasuki pasaran Malaysia, iaitu Redmi Note akan mula dijual pada 22 Julai ini pada harga RM 509.

Penjualan akan bermula pada pukul 12 tengahari esok dan akan habis didalam masa beberapa saat sahaja. Kami mencadangkan anda mencari tips pembelian gajet Xiaomi sebagai persediaan untuk melakukan pembelian dengan lebih efisien dan pantas.

0 comments:

Post a Comment