This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Lenovo Golden Warrior A8 4G LTE Dilancarkan – RM 465?

Telefon pintar Golden Warrior S8 yang dilancarkan penghujung bulan Mei telah mula dijual beberapa minggu lalu dan Lenovo telah pun melancarkan satu lagi versi Golden Warrior yang diberi nama A8.
Lenovo-Golden-Warrior-A8-big

Sama seperi Lenovo S8, A8 juga mempunyai harga penjualan yang berpatutan dan ciri unik pada telefon pintar ini adalah, Lenovo A8 menyokong rangkaian 4G LTE yang sebelum ini tidak disertakan pada model S8

Lenovo Golden Warrior A8 mempunyai skrin paparan HD 720p berukuran 5-inci, kamera belakang 13MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Lenovo-Golden-Warrior-A8-big-promo

Telefon pintar ini juga dilengkapi pemproses MediaTek MT6592 yang disertakan dengan 2GB RAM dan modem LTE MediaTek MT6290 yang mampu memuat turun fail dan media pada kelajuan 150Mbps. Sistem operasi yang digunakan pada model ini adalah Android 4.4.2 KitKat dengan UI Lenovo Vibe 2.0

Golden Warrior S8 ini akan ditawarkan didalam warna putih, emas, merah jambu dan hitam dengan harga penjualan yang berbeza mengikut syarikat telekomunikasi, China Mobile akan menjual model ini pada harga CNY 798 ( sekitar RM 411) manakala China Unicom akan menjualnya pada harga CNY 898 (sekitar RM 463). Selain itu, adalah tidak dapat dipastikan sama ada harga penjualan ini tertakluk kepada sebarang pelan atau pun tidak.

Sebagai perbandingan model Lenovo A8 dilancarkan dengan harga penjualan sekitar RM 642. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan dijual ke pasaran Antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment