This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Skrin 18 Inci Boleh Lentur Dari LG

Seolah-olah LG G Flex tidak cukup hebat, LG memperkenalkan pula sebuah skrin 18 inci boleh lentur yang boleh digulung seperti sebuah poster dan pada masa yang sama masih boleh memaparkan imej padanya.

Skrin 18 Inci Boleh Lentur Dari LG


Skrin 18 Inci Boleh Lentur Dari LG
LG telah memeperkenalkan sebuah skrin 18 inci boleh lentur yang boleh digulung seperti sebuah poster dan pada masa yang sama memaparkan imej padanya. Skrin yang mempunyai resolusi 1200 x 810 itu boleh digulung kepada radius 3cm tanpa memberi kesan kepada fungsinya.

Ia juga bukan sekadar gimik, malah ia amat berguna untuk mewujudkan sebuah TV yang boleh dimuatkan di tempat-tempat yang bersaiz pelik. Tambahan pula, LG berkata ia telah membina sebuah skrin lutsinar yang mempunyai 30 peratus lebih transmisi berbanding skrin sedia ada dan kadar kekaburan sebanyak hanya 2 peratus. Ini bermakna ia mempunyai gambar yang jelas.

LG juga yakin akan dapat mengeluarkan sebuah skrin OLED resolusi HD boleh lentur yang lutsinar bersaiz 60 inci menjelang tahun 2017. Skrin ini akan mempunyai kadar transmisi sebanyak lebih 40 peratus dan radius lengkung sebanyak 100R dan sekali gus menjadikan mereka pemimpin dalam teknologi skrin boleh lentur.

0 comments:

Post a Comment