Peranti Apple Akan Datang Dikuasakan Fuel Cell?
Baru-baru ini, sebuah syarikat British, Intelligent Energy, mengumumkan ia telah mendapatkan satu set paten dengan kerjasama “sebuah syarikat elektronik antarabangsa” dan sumber-sumber yang berada di US memberitahu Daily Mail bahawa syarikat tersebut adalah Apple.
kedua-dua buah syarikat tersebut sedang bekerjasama untuk membawa teknologi fuel cell yang boleh menguasakan peranti elektronik selama berhari-hari atau berminggu-minggu ke dalam laptop dan peranti mudah alih dalam masa beberapa tahun akan datang.
Menurut laporan tersebut juga, Fuel Cell keluaran Intelligent Energy juga mesra alam dan efisien, sememangnya suatu yang dicari oleh pengguna yang menginginkan jangka hayat bateri yang lebih panjang tanpa memberi kemudaratan kepada alam sekitar.
Terdapat lebih banyak bukti bahawa kerja sama ini bukan setakat khabar angin sahaja. Diketahui bahawa CEO Intelligent Energy, Joe O’Sullivan, pernah menjadi eksekutif di Apple dan pejabat baru syarikat tersebut yang baru dibuka di San Jose, California, hanya beberapa minit dari ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Intelligent Energy kini sedang membekalkan teknologi kepada syarikat seperti Suzuki dan Boeing, namun impiannya untuk membekalkan fuel cell kepada peranti elektronik masih belum tercapai.
Apple juga pernah bercakap mengenai meletakkan fuel cell kedalam perantinya seawal tahun 2011. Mungkin tiba masanya untuk menjadikannya realiti.
0 comments:
Post a Comment