This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

HTC Desire 616 Mula Dipasarkan Di Beberapa Buah Negara Di Asia

HTC pada tahun ini nampaknya mempunyai perancangan tersendiri untuk negara-negara membangun melalui siri telefon pintar mereka “Desire”. Terkini, ia dilihat telefon pintar HTC Desire 616 telah dilancarkan dan mula dipasarkan dibeberapa buah negara di Asia.
HTC Desire 616

HTC Desire 616 membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 1.4Ghz. Telefon pintar ini turut menyertakan memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, ruangan storan sebanyak 4GB dan dilengkapi sokongan mikro-SD.

Peranti ini turut hadir dengan rekaan ikonik daripada HTC, serta dilengkapi dengan sokongan seperti BlinkFeed, dan beberapa sokongan yang lain. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-SIM – seperti kebanyakkan peranti yang disasarkan untuk negara-negara membangun.

Di Singapura, HTC Desire 616 ini dijual pada harga S$298 (~RM762). Ia tidak lagi diketahui bilakah pihak HTC akan membawa masuknya ke pasaran tempatan.

0 comments:

Post a Comment