This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab Active – Tahan Lasak Dan Kalis Air

Bersempena dengan IFA 2014, selain memperkenalkan Galaxy Note 4 semalam, pihak Samsung hari ini menambah satu lagi tablet dibawah mereka, melalui pengenalan Galaxy Tab Active. Ia menggunakan nama “Active” sekaligus memfokuskan kepada peranti tahan lasak dan kalis air daripada mereka.

Galaxy Tab Active\

Galaxy Tab Active hadir dengan skrin bersaiz 8-inci, dilengkapi cip pemprosesan 1.2Ghz empat-teras, memori 1.5GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan kad mikro-SD, kamera hadapan 1.2-megapixel dan kamera belakang 3.1-megapixel.

Peranti ini dikatakan membawakan masa bertahan bateri sehingga 10 jam dan membawakan kalis air dengan piawaian IP67.

Galaxy Tab Active ini dilihat memfokuskan kepada pengguna perusahaan, dan pihak Samsung turut melengkapkan ia dengan sokongan Knox dan juga sebuah stylus yang dinamakan sebagai C Pen.

Tablet ini akan hadir dalam variasi WiFi dan juga sokongan LTE. Tarikh pelancaran dan harganya masih belum diketahui lagi.

Galaxy Tab Active

0 comments:

Post a Comment