This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Oppo Neo 5 Kini Di Malaysia – Smartphone LTE Termurah

Oppo yang dilihat masih muda di pasaran telefon pintar tempatan telah menambat hati banyak pihak dan semakin mendapat tempat di negara kita selepas memasuki pasaran Malaysia awal tahun ini melalui model-model utama syarikat China ini.


Kini, Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Oppo Neo 5 yang dikatakan ki memegang gelaran telefon pintar LTE termurah di Malaysia. Harga penjualan Oppo Neo 5 yang secara asasnya adalah model Oppo Neo ialah RM 598.

oppo-neo-5-malaysia-specs

Oppo Neo 5 hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 4.5-inci yang mempunyai resolusi 480 x 854 piksel dengan kepadatan piksel 218ppi, pemproses Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz yang disertakan dengan 1GB RAM, memori simpanan dalaman 4GB dan kapasiti memori boleh ditambah menggunakan kad memori microSD ( sehingga 32GB).

Dari segi unit kamera pula, Oppo Neo 5 hadir dengan kamera belakang 5MP manakala kamera selfie model ini adalah 2MP dan mempunyai sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean dengan UI ColorOS manakala bateri model ini adalah 1,900mAh.

Oppo Neo 5 kini memegang takhta telefon pintar LTE termurah di Malaysia namun ini mungkin akan berubah jika Xiaomi bertindak melancarkan versi 4G Redmi 1S atau Redmi Note yang masing-masing dijual pada harga RM 419 dan RM 509.

0 comments:

Post a Comment