Minggu lalu, kesemua komponen Apple iPhone 6 telah dbuka dan kini anggaran kos iPhone 6 telah dikeluarkan. Seperti model-model sebelum ini, kos pembuatan iPhone tidak pernah melebihi $200 (anggaran kos adalah sekitar $188 dan $199 bagi kesemua model). Walaupun iPhone 6 dikatakan mempunyai kos yang lebih tinggi, iPhone 6 4.7” masih berada didalam kos pembuatan seperti model iPhone sebelum ini.
IHS telah melakukan anggaran, mereka mendakwa kos komponen dan kos buruh bagi iPhone 6 adalah diantara $200 dan $247 manakala kos bagi iPhone 6 Plus pula didalam $216 dan $263. Harus diingat juga, kos komponen berbeza mengikuti saiz kapasiti memori simpanan dalaman, iPhone 6 16GB mempunyai kos $200 dan dijual pada harga $649 manakala bagi versi 128GB, Apple akan dikenakan kos tambahan $47.
Setiap model terbaru iPhone mempunyai margin keuntungan antara 69-70% berbanding Samsung Galaxy S5 yang mempunyai kos $256 dan dijual pada harga $599.
Seperti biasa, komponen paling mahal pada iPhone 6 dan 6 Plus adalah skrin paparan. Kos skrin paparan Retina HD iPhone 6 adalah $45 manakala kos skrin iPhone 6 Plus adalah $52.50. pemproses A8 Apple yang terbaru ini mempunyai kos $20 setiap satu unit iaitu hanya $3 lebih mahal daripada pemproses A7.
0 comments:
Post a Comment