This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

PowerTel M9000 : Telefon Pintar Khas Untuk Warga Emas

Tidak dapat dinafikan majoriti pengguna telefon pintar terdiri dari golongan muda yang lebih arif dengan penggunaan teknologi terkini. Golongan kedua terbesar yang menggunakan peranti pintar ialah kanak-kanak sehinggakan terdapat mod kanak-kanak seperti Kid’s Mode pada pranti HTC. Samsung pula ada menghasilkan tablet Galaxy Tab 3 Kids untuk kanak-kanak tadika. Tetapi peranti untuk golongan warga emas adalah pasaran yang masih belum diterokai dan boleh dikatakan dilupakan oleh pengeluar. 

Powertel-M9000
PowerTel M9000 ialah telefon pintar Android yang direka khas untuk pengguna berusia. Antara fungsi khas yang membuatkannya sebuah peranti pengguna berusia ialah nada dering yang lebih kuat daripada biasa. Ia mampu berdering pada kekuatan 90 desibel iaitu bersamaan dengan bunyi lori bergerak.

Peranti pintar ini juga mempunyai antaramuka yang dipermudahkan dan lebih mudah dilihat. Disamping itu ianya juga boleh digunakan dengan alat bantuan pendengaran yang digunakan pengguna berusia. Akhir sekali terdapat butang khas pada pada bahagian belakang yang boleh digunakan ketika kecemasan. 

Ia diperkasakan pemproses 1.2 GHz dua teras, 256 MB RAM dan muatan dalaman 512 MB. Spesifikasi yang sangat rendah tetapi mungkin memandai bagi golongan sasaran. 

Realiti yang perlu kita sedari ialah pergantungan kepada peranti pintar semakin meningkat dan dalam masa 30 tahun kami sendiri akan tergolong sebagai warga emas. Pada waktu tersebut kami mungkin memerlukan peranti seperti PowerTel M9000.

0 comments:

Post a Comment