This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Desire 510 Dilancarkan – Telefon Pintar 4G LTE Termurah HTC

HTC Secara rasminya telah melancarkan model Desire 510 yang hadir dengan spesifkasi kelas pertengahan dan mempunyai sokongan rangkaian 4G LTE.

htc-desire-510-lte-malaysia-color-price

HTC Desire 510 hadir dengan skrin paparan FWVGA berukuran 4.7-inci (kepadatan piksel 208ppi) , pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz dengan 1GB RAM. Bercakap mengenai pemproses pada model ini, ianya merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan chipset Qualcomm yang berasakan 64-bit.

Selain itu, HTC Desire 510 juga mempunyai 8GB memori simpanan dalaman dan kapasiti memori boleh ditambah menggunakan slot memori microSD ( maksimum sehingga 128GB)

Pada bahagian kamera pula, Desire 510 dilengkapi kamera belakang 5MP manakala pada bahagian hadapan adalah kamera VGA. Telefon pintar LTE daripada HTC ini juga mempunyai bateri berkapasiti 2,100mAh dan berasakan Android 4.4 KitKat dengan UI Sense.

Reka bentuk Desire 510 ini adalah berasaskan policarbonat memberikanya reka bentuk yang premium dan mempunyai ukuran dimensi 139.9 x 69.8 x 9.99 mm dengan berat keseluruhan 158gram.

Telefon pintar ini dijangka memasuki pasaran Eropah, Asia dan juga melalui beberapa syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat. Harga penjualan model ini dijangka sangat berpatutan dan mungkin ditawarkan pada harga kurang dari RM 800 di Malaysia sekaligus menjadikanya telefon pintar 4G LTE termurah dari HTC.

Pelancaran Desire 510 ini menyusul selepas dua model telefon pintar LTE iaitu ASUS Zenfone 5 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 709 manakala Oppo Neo 5 juga telah mula dijual di Malaysia pada harga RM 598 dan kini memegang gelaran telefon pintar LTE termurah di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment