Samsung secara rasminya telah mengumumkan jam pintar Samsung Gear S yang hadir dengan slot SIM 3G tersendiri dan juga boleh digunakan bersama peranti Samsung yang lain.
Samsung Gear S ini boleh beroperasi secara sendiri tanpa perlu di gabungkan dengan telefon pintar lain kerana ianya hadir dengan slot SIM 3G yang membolehkan pengguna menerima dan membuat panggilan dan mesej melalui jam pintar ini.
Samsung Gear S ini adalah satu lagi versi telefon pintar yang berasakan sistem operasi Tizen dan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED melengkung berukuran 2.0-inci (360 x 480) piksel, pemproses dual core berkelajuan 1.0GHz, 512MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 300mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari dan merupakan peranti kalis air dan habuk dengan pensijilan IP57.
Sokongan S-Voice turut disertakan pada peranti ini, yang mana menggunakan platform Tizen untuk beroperasi. Beberapa perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running hadir bersama-sama dengannya.Gear S juga mempunyai sensor ukuran degupan jantung, barometer dan sensor UV.
Selain itu, Samsung Gear S juga hadir dengan sokongan suara S-Voice dan walaupun berasaskan sistem operasi Tizen, Gear S hadir dengan aplikasi S-Healt dan Nike+ Running.
Selain Gear S, Samsung turut melancarkan Gear Circle yang mana ianya boleh digunakan bersama telefon pintar dan membolehkan pengguna menjawab panggilan, mendengar lagu dan mempunyai arahan suara S-Voice. Gear Circle juga mempunyai notifikasi getaran untuk memberitahu pengguna akan kemasukan panggilan atau notifikasi daripada aplikasi. jika tidak digunakan, Gear Circle boleh diletakkan di bahagian leher dengan mencantumkan kedua bahagaian magnetik.
Kedua-dua Gear S dan Gear Cirlce ini akan dijual ke semua pasaran utama dunia secara berperingkat mulai bulan Oktober dan terdapat kemungkinan, kedua peranti ini akan dilancarkan bersama-sama Samsung Galaxy Note 4 di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment