This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Meizu MX 4 Kini Di Malaysia – Dari RM 1299

Berita gembira bagi peminat telefon pintar Meizu MX 4, telefon pintar utama terbaru daripada syarikat China ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan bagi anda yang berminat, IPMart telah membuka tempahan awal untuk model ini.

meizu-mx4-malaysia-price-harga-1

IPMart menawarkan Meizu MX4 ini dalam dua pilihan memori simpanan iaitu 16GB dan 32GB dengan dua warna iaitu putih dan kelabu. Versi 16GB Meizu MX4 dijual pada harga RM 1299 manakala versi 32GB pula ditawarkan pada harga RM 1399 dengan jangka masa penghantaran didalam masa 3 hingga 4 minggu.

MX4 yang hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.36-inci dengan resolusi 1152×1920 dan mempunyai gelas perlindungan Gorilla Glass 3.

meizu-mx3

Meizu mendakwa, skrin paparan yang dimiliki MX4 adalah antara yang pertama didalam industri telefon pintar yang menggabungkan 3 ciri utama, iaitu ‘1100:1 contrast’, ‘500cd/m2 brightness’ dan ‘85% NTSC color gamut’ dengan kepadatan piksel mencecah 418ppi.

MX4 juga dilengkapi dengan generasi pemproses terkini daripada MediaTek iaitu MT6595 yang mempunyai 8 CPU ( empat Cortex-A17 core @ 2.2GHz dan empat Cortex-A7 core @ 1.7GHz) dan mampu beroperasi serentak hasil teknologi big.LITTLE. MX4 juga mempunyai 2GB RAM.

meizu-mx4-malaysia-price-harga-1-camera

Dari segi kamera pula, MX4 dilenkapi kamera 20.7MP Sony Exmor RS sensor dengan dua LED dan menariknya disini, lensa kamera ini turut hadir dengan perlindungan Gorilla Glass 3. Selain kualiti gambar yang sehebat telefon pintar pendahulu industri, kamera MX4 juga mampu merakam video 4K manakala kamera hadapan adalah 2MP.

MX4 menyokong rangkaian Cat.4 LTE, 3G dengan HSPA, dual-band Wi-Fi, Bluetooth 4.0, dan Android 4.4 KitKat dengan UI Meizu Flyme OS 4.0. MX4 akan ditawarkan didalam tiga versi yang mempunyai kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan kesemua model ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,100mAh daripada Sony.

Reka bentuk MX4 adalah berasakan aluminium-magnesium aloi dan mempunyai berat 147gram dengan ketebalan 8.9mm. Warna-warna yang ditawarkan bagi MX4 adalah putih, emas dan kelabu.

meizu-mx4-malaysia-price-harga-ipmart

Sebagai perbandingan Model MX4 16GB dijual pada harga CNY 1,799 (RM 932) manakala model MX4 32GB dijual pada harga CNY 1,999 (RM 1036) dengan model 64GB pula dijual pada harga CNY 2,399 (RM 1,243).

0 comments:

Post a Comment