This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Huawei Melancarkan Ascend P7 Dengan Skrin Teknologi Sapphire

Huawei secara rasminya telah melancarkan satu lagi versi versi Ascend P7 yang mempunyai skrin paparan sapphire dan China akan menjadi negara pertama menerima model terbaru ini.


Ascend P7 edisi Sapphire ini secara asasnya merupakan model Ascend P7 yang mempunyai merupakan dengan skrin paparan IPS Lcd berukuran 5.0-inci dengan resolusi 1920×1080 yang mempunyai kepadatan piksel 441ppi. Skrin paparan Sapphire adalah skrin bermutu tinggi yang tahan lasak dan telah lama digunakan didalam industri jam tangan.

Pelancaran Ascend P7 edisi Sapphire ini dilihat sebagai persediaan awal untuk mencabar Apple iPhone 6 yang telah disahkan akan dilancarkan 9 September ini dan model terbaru Apple ini mungkin dilengkapi skrin paparan Sapphire.

Spesifikasi dalaman, P7 adalah pemproses quad-core HiSilicon Kirin 910 berkelajuan 1.8GHz, 2GB RAM, Android 4.4.2 KitKat dengan UI Huawei Emotion 2.3 dan bateri berkapasiti 2,500mAh yang dilengkapi dengan teknologi ‘advance power-saving’. Teknologi ini membolehkan telefon pintar digunakan sehingga 24 jam walaupun hanya mempunyai kapasiti bateri 10%.

Sebagai membekalkan pengalaman pengunaan kamera yang hebat, Huawei Ascend P7 edisi Sapphire ini juga dilengkapi dengan kamera belakang 13MP. Pada bahagian hadapan, Ascend P7 Sapphire boleh dikatakan merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan kamera hadapan 8MP dan mempunyai banyak ciri khas seperti ‘groufie’.


Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran lain, namun kami pasti, pengumuman akan di buat di sidang IFA 2014 yang akan berlangsung di Berlin minggu hadapan.

0 comments:

Post a Comment