This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

3 Aplikasi Termahal di Dunia

Sememangnya kami di jimatcermat.my sangat menitik-beratkan tentang penjimatan wang. Apabila bercakap mengenai muat turun aplikasi smartfon, kami terus pergi ke bahagian aplikasi percuma. Jika aplikasi itu perlu dibayar, kami gelak sahaja dan pilih yang lain! Namun demi pembaca sekalian, kami akan memaparkan artikel mengenai aplikasi bagi golongan-golongan elit. Justeru, berikut merupakan aplikasi yang termahal di dunia pada tahun 2013. Jadi, dapatkan terlebih dahulu pil sakit jantung anda kerana harga yang dipaparkan mungkin mengejutkan anda.


1. VIP Black by Ivip Ltd (harga: USD999.99 / RM3,277.48)

Expensive Apps - vip black

Ia mungkin menjadi detik yang paling membanggakan dalam kehidupan anda apabila mencapai tahap yang ke-500 (biar betul?) dalam permainan Candy Crush Saga, tetapi ini masih tidak akan mendapatkan sebarang layanan seperti VIP khas di tempat berprestij untuk anda. Mujurlah, kami tahu aplikasi yang boleh memberikan semua itu dan banyak lagi jika anda tidak keberatan untuk berbelanja lebih ya. Untuk harga di antara USD999.99 atau RM3,277.48, aplikasi VIP Black daripada Apple Store boleh menjadi milik anda. Aplikasi megah ini adalah sama dengan jemputan kad kredit khas hanya untuk pengguna iPhone yang paling kaya. Apa yang ditawarkan untuk anda? Aplikasi ini menawarkan pelabur wang layanan khas di tempat-tempat tertentu yang menawarkan perkongsian mereka, seperti Restoran Virgin Limited Edition, Mariinsky Theatre, dan Gordon Ramsay.

Tetapi nanti dahulu! Sekadar membeli aplikasi ini tidak mencukupi untuk menentukan status anda sebagai VIP Black. Selepas memuat turun aplikasi, anda dikehendaki untuk membuktikan bahawa akaun anda melebihi 1 milion. Selepas mereka menentukan bahawa anda mencapai angka tersebut, seorang perunding peribadi akan memperibadikan aplikasi untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda. Jangan bertanya mengenai bagaimana aplikasi ini berfungsi kerana kami pun tidak tahu…maklumlah tak mampu.

Aplikasi lain yang menelan kos USD999.99 : BarMax CA – Dicipta oleh Alumni Sekolah Undang-Undang Harvard  yang menawarkan kursus kajian peperiksaan menyeluruh. MobiGage merupakan aplikasi metrologi iPhone yang digunakan bagi pemeriksaan bahagian perkilangan dan pemasangan.

2. Water Globe by Ubiquitous Muffin (harga: USD219.99 atau RM719.04)

Expensive Apps - water globe

Ingin mengelak daripada cuaca panas dan lembap serta terjejas dengan jerebu di negara kita ini? Aplikasi Air Globe sesuai untuk anda. Harga adalah di antara USD219.99 atau RM719.04, tak jangan salah sangka pula! Aplikasi ini tidak akan mengubah gajet anda menjadi penghawa dingin atau mewujudkan salji untuk anda melarikan diri daripada kenyataan. Tetapi, pereka di Ubiquitous Muffin mewujudkan mainan skrin interaktif dalam bentuk glob salji.

Glob salji ini bukan seperti yang anda beli di kedai Daiso berharga RM5 tetapi merupakan mainan interaktif. Pengguna boleh menyentuh skrin mereka bagi mewujudkan salji. Kepada mereka yang mempunyai masalah, aplikasi ini boleh menenangkan fikiran seseorang dengan salji maya tersebut. Tapi…mengapa harganya RM719??

3. Mobile Cam Viewer Enterprise Basic Version by mobiDEOS Inc (harga: USD349.99 atau RM1,146.57)

Expensive Apps - mobile cam viewer

Aplikasi seterusnya dengan harga yang tinggi iaitu MobileCam Viewer by mobiDEOS Inc. Jika anda mempunyai rumah besar, kilang, atau kedai-kedai yang dipasangkan kamera, dan kemudian membeli dan menggunakan aplikasi pelik dan hebat MobileCam Viewer memberikan anda akses kepada semua kamera keselamatan dan membolehkan anda mengawal peranti dengan kawalan anda. Jika anda ingin memasang kamera tersembunyi di rumah sasaran  anda, maka aplikasi ini sangat bermanfaat untuk anda juga (kami tidak menggalakkan kelakuan seperti ini ya!).

Dengan aplikasi ini, anda boleh mengawal dan tidak akan pernah berasa bimbang jika keluar dari kediaman mewah atau pejabat anda  lagi. Aplikasi yang cukup hebat ini berharga USD349.99 atau RM1,146.57, dan boleh didapati secara eksklusif bagi pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch.

Terdapat juga aplikasi versi percuma yang boleh didapati di laman webnya. Namun, versi percuma kebanyakannya hanyalah sekadar percubaan sahaja.

0 comments:

Post a Comment