This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple Mengesahkan Majlis Pelancaran IPhone 6 – 9.9.14

Apple secara rasminya telah mula menghantar jemputan kepada media bagi satu majlis pelancaran pada 9 September ini dan pelancaran ini adalah bagi model iPhone 6 yang merupakan model yang dinanti-nantikan tahun ini dan tarikh pelancaran ini bukan lah sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini sudah banyak laporan yang mendedahkan tarikh pelancaran model ini. ketahui 6 info menarik tentang Apple iPhone 6.

apple-iphone-6-launch-date-malaysia-1

Apple dijangka akan melancarkan iPhone 6 dengan skrin paparan 4.7-inci yang mungkin dikenali sebagai iPhone Air dan satu peranti yang disebut mungkin akan menyertai iPhone 6 di pentas pelancaran 9 September ini adalah iWatch.

Dengan pelancaran jam pintar LG Watch R selain Moto 360, Apple dilihat harus melancarkan jam pintar mereka dengan kadar segera sebelum pasaran jam pintar dikuasai gergasi Android. Samsung juga sudah mula memperbaharui siri jam pintar mereka dengan pelancaran Gear S dan Gear Circle.

ipone6

Selain itu, terdapat juga kata-kata bahawa Apple akan melancarkan dua model tahun ini dan masih tidak dapat adakah kedua-dua model ini akan dilancarkan 9 September.

Pada 9 September ini juga, Apple dijangka akan mula menawarkan sistem operasi terbaru mereka iaitu iOS8 bagi kesemua generasi iPhone, iPad dan iPod. senarai peranti iDevice yang akan mendapat iOS8 boleh disemak disini

0 comments:

Post a Comment