This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Drone Facebook Akan Mula Terbang 2015

Sejak kebelakangan ini, pesawat tanpa pemandu atau drone banyak memberi persepsi negatif kepada manusia, terutamanya mereka yang berada di Pakistan, Yemen dan negara-negara yang sedang dalam peperangan. Namun drone Facebook direka untuk memperluaskan capaian internet kepada penduduk yang kurang bernasib baik di dunia kerana tidak mendapat capaian internet dan dilaporkan akan mula terbang mulai 2015.

Drone Facebook

Pelan Facebook dengan pelancaran drone Facebook ini adalah untuk memberi capaian internet kepada 15% penduduk dunia yang tidak mendapat kemudahan itu .

Bercakap di acara Social Good Summit, Pengarah Kejuruteraan Makmal Rangkaian Facebook, Yael Maguire telah memberi lebih banyak butiran mengenai bagaimana rancangannya untuk menerbangkan seangkatan pesawat tanpa pemandu yang terbang  mengelilingi bumi pada 90,000 kaki di udara akan beroperasi.

Menurut penerangannya, pesawat-pesawat tersebut besaiz lebih kurang sama dengan pesawat komersial seperti Boieng 747 tetapi jauh lebih ringan daripadanya. Pesawat tersebut yang menggunakan tenaga solar akan terbang lebih tinggi dari awan, membolehkan ia mengelak cuaca buruk dan menyasarkan 21 negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia.


Di sebalik pencapaian teknikal tersebut, tiada peraturan kawalselia berkaitan penerbangan pesawat di atas 60,000 kaki yang boleh menghalangnya dari memancarkan sambungan internet ke negara-negara tersebut.

Setelah pesawat-pesawat tersebut telah mula terbang, ia perlu kekal di udara selama 7 bulan dalam sekali penerbangan. Itu merupkan suatu usaha yang tidak mudah memandangkan rekod dunia penerbangan tanpa pemandu hanyalah dua minggu.


Maguire berkata, Facebook merancangn untuk melancarkan pesawat tersebut menjelang tahun 2015 dengan penerbangan ujian sedang dijalankan di satu lokasi rahsia di US. Namun, pesawat yang membawa peralatan pemancar internet wireless yang sebenar hanya akan ke udara dua atau tiga tahun akan datang.

Persoalan mengenai siapa yang bertanggungjawab untuk menggerakkan angkatan pesawat tersebut masih belum terjawab, tetapi buat masa ini Facebook mahu menangani persepsi negatif mengenai drone tersebut dahulu.

0 comments:

Post a Comment