This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

ASUS Zenfone 5 4G LTE Kini Di Malaysia – RM 709

ASUS Zenfone 5 yang sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu dijual pada harga RM 519 dan ini adalah versi DWI-SIM 3G HSPA+. Kini, Dynamics Distribution yang merupakan pengedar utama produk ASUS di Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan menawarkan versi 4G LTE ASUS Zenfone 5 ini yang dijual pada harga RM 709.


Spesifikasi ASUS Zenfonr 5 LTE ini adalah skrin paparan HD 720p berukuran 5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM, Android 4.4 KitKat dan memori simpanan dalaman 16GB. Spesifikasi model ini adalah sama seperti versi 3G iaitu Kamera belakang 8MP dengan teknologi PixelMaster, kamera hadapan 2MP dan mempunyai slot kad memori microSD ( sehingga 64GB).

zenfone 5 lte color

Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada ASUS dan akan bila syarikat itu bercadang untuk menjual ZenFone 5 LTE di Malaysia.

Awal minggu ini , Oppo juga telah melancarkan model budget 4G LTE mereka iaitu Oppo Neo 5 di Malaysia, Model terbaru Oppo ini dijual di sini pada harga RM 598 sekaligus menjadikanya telefon pintar LTE termurah di pasaran.


0 comments:

Post a Comment