This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple IOS 8 Dilancarkan Di WWDC – 6 Ciri Terbaru

Apple secara rasminya telah memperkenalkan iOS 8 pada sidang WWDC dan seperti biasa, sistem operasi terbaru ini hadir dengan ciri dan penambaikan terbaru. Berikut adalah antara beberapa ciri-ciri terbaru pada iO8 dan peranti yang akan menerimanya.

ios-8-design

1.‘Widget’

Apple akhirnya telah menyertakan ‘widget’ pada iOS 8 ini namun tidak seperti peranti Android yang mempunyai ‘widget’ pada ‘Home Screen’, ‘Widget’ pada iOS 8 akan diletakkan di bahagian notifikasi atau ‘Notification Centre’.

Selain itu, notifikasi pada iOS 8 juga kini lebih mudah, contohnya jika anda menerima satu mesej dan anda hanya perlu membalas mesej tersebut melalui paparan pada bahagian atas skrin tanpa perlu menutup aplikasi yang anda sedang gunakan. Ciri ini sangat berguna dan menjimatkan masa.

ios-8-quicktype-apple

2.Papan Kekunci

‘Keyboard’ pada iOS 8 ini juga telah mengalami perubahan drastik. Papan kekunci ini mampu meramalkan perkataan yang bakal di gunakan dan akan lebih tepat selepas digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Selain itu, dengan iOS 8, pengunaan papan kekunci pihak ketiga sudah menjadi satu kemungkinan dan ini bermaksud penyedia papan kekunci seperti SwitfKey dan Swype bakal tiba ke iPhone dan iPad. Papan kekunci pihak ketiga sebelum ini hanya boleh digunakkan oleh peranti Android.

ios-8-health

3.HealthKit

iOS 8 juga hadir dengan apliaksi HealthKit yang mengumpul kesemua data dari aplikasi kesihatan. Apple telah bekerjasama dengan beberapa syarikat bagi aplikasi terbaru ini antaranya adalah Nike dan Mayo Clinic. Dengan pelancaran ini juga boleh kita perkatakan bahawa Apple mungkin akan melancarkan peranti jam pintar dan peranti kesihatan.

io8-imessage-apps

4.iMessage

Aplikasi Apple iMessage juga hadir dengan beberapa ciri baru. Aplikasi ini kini lihat sebagai pencabar utama kepada WhatsApp dan bakal hadir dengan ciri yang membolehkan pengguna merakam dan menghantar audio dan video secara melalui sistem permesejan ini.

5.Email

Aplikasi email juga telah di ubah, dengan iOS, kini pengguna hanya perlu melakukan satu ‘swipe’ untuk membuang email yang tidak penting.

spotlight_icon

6.Spotlight

Pencarian Spolight juga telah diperbaiki, Spotlight kini membolehkan pengguna mencari aplikasi dan lagu yang telah dibuang di iTunes Store.

Selain apa yang kami sebutkan di bahagian atas ini, aplikasi iPhoto dan Apps store juga hadir dengan banyak ciri baru.

ios-8-compatible

Peranti yang bakal menerimanya

iPhone – iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5C dan iPhone 5S

iPad – iPad 2, iPad Retina Display, iPad Air, iPad Mini, iPad Mini Retina Display

iPod – iPod 5

0 comments:

Post a Comment