This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung dijangka mengumumkan barisan telefon pintar Android baru mereka dibina dengan bahan-bahan premium. Selepas pengumuman Galaxy Alpha, tiga telefon pintar baru dari Samsung dengan bingkai aluminium telah bocor, Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7. 


Kita kini hidup di dalam dunia terangkai di mana kesemua majoriti produk yang kerap kita gunakan sentiasa di atas talian. Penggodam profesional boleh menggodam peranti anda bagi mendapatkan maklumat peribadi yang kemudian digunakan bagi memeras ugut diri anda. Terkini gambar kurang senonoh selebriti barat tersebar ke laman web selepas akaun iCloud mereka berjaya digodam. Terdapat juga ura-ura mengatakan peranti anda boleh digodam oleh badan kerajaan seperti NSA tanpa ada sedari. 

Penantian pelancaran Nexus 9 semakin hangat dengan pendedahan satu gambar yang dipercayai tablet tersebut. Gambar yang dibocorkan @upleaks, ini memaparkan rekabentuk peranti tersebut.

Nexus 9
Apple dijangka akan melancarkan barisan tablet terbarunya bersama-sama barisan iMac dan Mac Mini pada satu acara yang akan diadakan dalam pertengahan bulan ini. Laman The Michael Report mendakawa ia telah dapat maklumat serta gambar tablet tersebut yang memaparkan spesifikasinya.

iPad Pro

Samsung pada minggu lepas telah memperkenalkan telefon pintar mereka memfokuskan kepada selfie, dinamakan sebagai Galaxy Grand Prime. Kini, sebuah variasi daripadanya dengan spesifikasi lebih rendah hadir, dinamakan sebagai Galaxy Core Prime.

Galaxy Grand Core Prime
Dengan pelbagai syarikat dari China mula memperkenalkan dan menawarkan telefon pintar ke pasaran tempatan, salah satu syarikat yang senyap untuk sekian lama adalah ZTE.

Penggunaan telefon mudah alih secara meluas membuatkan jutaan telefon awam yang wujud di seluruh dunia semakin tidak releven. Secara peribadi kali terakhir kami menggunakan sebuah telefon awam adalah 14 tahun yang lalu apabila telefon mudah alih kami gagal menerima isyarat selular. Di Kuala Lumpur kami menyedari majoriti telefon awam kini hanya tinggal pondok dan pendakap besinya sahaja.
Solarbox-1
Brush-Mouse-1
Waze sedia popular dikalangan ramai pengguna sebagai aplikasi navigasi yang turut dikemaskini dengan info trafik semasa. Kini, Waze yang dimiliki Google melangkah setapak kehadapan dengan turut membawakan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Places.

OnePlus One sedia menjadi salah satu telefon pintar popular dikalangan peminat Android pada tahun ini – walaupun ia tidak ditawarkan secara meluas. Bergerak kehadapan, pengeluarnya dijangka akan menamatkan sistem jemputan dan membolehkan lebih ramai mendapatkannya secara terbuka.

Lanjutan daripada gambar lakaran sebelum ini, hari ini sebuah imej gambaran baru hadir ke web, memperlihatkan secara kasar bagaimanakah Nexus 6 daripada Motorola akan kelihatan kelak.

Telefon pintar memfokuskan kepada fungsi selfie boleh dikatakan agak popular akhir-akhir ini, dan terkini pihak Samsung hadir dengan sebuah telefon pintar khusus untuknya dinamakan sebagai Samsung Galaxy Grand Prime.

Dengan hadirnya bulan Oktober, satu lagi acara yang dinantikan ramai peminat produk Apple adalah pengenalan tablet terbaru daripada mereka – selain daripada sistem operasi OS X Yosemite.

Asus Malaysia hari ini telah memulakan promosi untuk sebuah lagi tablet baru daripada mereka dibawah keluarga Asus Fonepad. Tiada sebarang info berkenaan harga dan tarikh jualan yang diberikan Asus Malaysia buat masa ini.

Asus Fonepad 8
Telefon pintar Asus Zenfone 4 merupakan salah satu telefon pintar yang mempunyai angka pengguna yang ramai – disebabkan oleh harga jualannya yang rendah. Hari ini, pihak Asus Malaysia melalui laman sosial mereka telah mengumumkan yang mana kemaskini KitKat telah mula diperkenalkan kepada pengguna Zenfone 4 seluruh negara.

Asus Zenfone 4 KitKat
HTC One Max merupakan keluarga phablet daripada pihak HTC, dan untuk tahun ini, mereka dijangka akan memperkenalkan kemaskini untuknya, berkemungkinan dikenali dengan nama HTC One (M8) Max.

Samsung merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia, dan terkini mereka bekerjasama dengan pihak Jabatan Tenaga Manusia untuk melancarkan Samsung Tech Academy yang akan menawarkan pelbagai kursus teknikal kepada rakyat tempatan.

Honor (jenama dibawah Huawei) sedia mempunyai beberapa telefon pintar dibawah mereka, dan terkini mereka telah melancarkan Honor 6 di Malaysia, sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama untuk menerimanya selain China.

Tidak dapat dinafikan majoriti pengguna telefon pintar terdiri dari golongan muda yang lebih arif dengan penggunaan teknologi terkini. Golongan kedua terbesar yang menggunakan peranti pintar ialah kanak-kanak sehinggakan terdapat mod kanak-kanak seperti Kid’s Mode pada pranti HTC. Samsung pula ada menghasilkan tablet Galaxy Tab 3 Kids untuk kanak-kanak tadika. Tetapi peranti untuk golongan warga emas adalah pasaran yang masih belum diterokai dan boleh dikatakan dilupakan oleh pengeluar. 

Powertel-M9000
Samsung sedia mempunyai angka pengguna peranti mudah-alih yang tinggi di Malaysia, dan dalam usaha untuk menawarkan khidmat pelanggan yang baik, mereka kini dilihat bakal hadir dengan sebuah solusi baru – Samsung Drive-Thru.

Samsung Drive-Thru