This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Desas-desus berkenaan iPad bersaiz 12.9-inci bukanlah sesuatu yang baru. Kini, mengikut laporan pihak Bloomberg, Apple dikatakan sedang bersedia untuk mengeluarkan iPad bersaiz besar tersebut – dengan pengeluaran dijangka dimulakan pada suku pertama 2015 kelak.


Sekiranya ia benar, maka ia akan memperlihatkan Apple mempunyai sebanyak tiga saiz iPad berbeza – dimana termasuk iPad biasa bersaiz 9.7-inci dan juga iPad Mini bersaiz 7.9-inci.

iPad bersaiz besar ini juga mungkin akan ditujukan kepada pengguna perusahaan, yang mana selari dengan kerjasama yang diumumkan dengan pihak IBM baru-baru ini. Selain perusahaan, institusi pendidikan juga dijangka akan tertarik dengan tablet bersaiz besar ini.

Selain iPad bersaiz besar, pihak Apple turut dikatakan akan memperkenalkan iPhone dengan skrin bersaiz besar – iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci seawal bulan September ini.
HTC hari ini telah menambah satu lagi peranti baru dibawah portfolio keluarga Desire mereka, iaitu HTC Desire 510. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, sekaligus membawakan beberapa ciri-ciri menarik bersama-sama dengannya.

HTC Desire 510

Melalui Snapdragon 410, ia menyertakan sokongan 32-bit dan juga 64-bit, selain turut menyertakan sokongan rangkaian LTE, dan hadir dengan sokongan Qualcomm Quick Charge.

Selain daripada itu, peranti berspesifikasi rendah daripada HTC ini turut menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 480×854 pixel, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan VGA.

Pihak HTC turut sama hadir pada peranti ini adalah beberapa ciri-ciri khusus daripada Sense, termasuk sokongan BlinkFeed.

Harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan peranti ini dijangka akan dipasarkan di rantau Eropah dan Asia tidak lama lagi.
Selain daripada sebuah video yang pernah diterbitkan sebelum ini, kini pihak Asus melalui halaman Facebook mereka turut sama telah menerbitkan beberapa gambar baru, sekaligus memperlihatkan gambaran peranti boleh-pakai daripada gergasi perkomputeran Taiwan yang bakal hadir tidak lama lagi itu.

Jam Tangan Asus

Jam Tangan Asus

Melalui gambar yang diterbitkan, ia dilihat pihak Asus akan menggunakan skrin berbentuk segi-empat dengan bahagian bucu yang sedikit membulat. Disamping itu, ia turut mungkin akan menyertakan rekaan yang agak premium berbanding beberapa jam tangan lain.

Asus sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk Android Wear, dan jam tangan pintar yang bakal diumumkan mereka di IFA 2014 kelak mungkin berasaskan kepadanya.
Kamera tahan lasak GoPro semakin banyak digunakan oleh peminat sukan lasak, juruvideo dan juga ketika melawat sanak saudara di Hari Raya. Kemampuan GoPro yang kalis air dan gegaran menjadikannya kamera paling versatil di pasaran sekarang. 

Melihat kejayaan GoPro, syarikat Polaroid juga kini menghasilkan kamera tahan lasak mereka sendiri yang diberi nama Cube. Cube mempunyai kamera sebesar 6 Megapixel dengan lensa sudut lebar 124 darjah yang mampu mengambil video 1080P dan gambar statik. 

Ia juga kalis air dan mampu tenggelam sehingga 2 meter. Menurut Polaroid bateri Cube mampu mengambil video selama 90 minit tanpa henti. Terdapat sebuah magnet pada bahagian bawah yang membolehkan Cube dilekapkan pada permukaan besi. 

Terdapat juga kaki atau penangga khas seperti GoPro yang disediakan. Polaroid Cube sudah mula dijual pada harga 100 Dollar sebuah.

polaroid-cube-amanz2
polaroid-cube-amanz1
LG sebelum ini telah memperkenalkan LG G Watch berasaskan Android Wear, dan kini dilihat mereka turut akan hadir dengan jam tangan pintar kedua mereka pada acara IFA 2014 yang dijadualkan pada awal September ini.


Menariknya, melalui teaser ringkas yang diterbitkan LG pada laman YouTube mereka, ia memperlihatkan mereka akan hadir dengan jam tangan pintar dengan rekaan skrin bulat – lebih kurang sama seperti Moto 360.

Info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Mengikut laporan awal, pihak LG dijangka akan memanggilnya sebagai LG G Watch R untuk jam tangan pintar baru ini. Buat masa ini, pihak LG seperti tidak memfokuskan pasaran Malaysia, dan tidak menawarkan sebarang peranti mereka secara rasmi untuk pasaran tempatan. Apa pun, ia tidak menghentikan penjual membawa masuk set luar dan menjualnya di Malaysia. LG G Watch dilihat ditawarkan oleh penjual tempatan pada harga sekitar RM825.

LG G Watch R

Pada IFA 2014 juga, beberapa pihak lain turut dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka, termasuk pihak Asus.
Samsung Galaxy Mega 2 masih belum diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Samsung sehingga kini. Tetapi, ia kini dilihat telah mula dijual di pasaran tempatan oleh pihak Senheng, dan ia berharga RM1299 di Malaysia.

Samsung Galaxy Mega 2

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Mega 2 membawakan skrin bersaiz 6-inci, dilengkapi cip pemprosesan 1.5Ghz empat-teras, memori sebanyak 1.5GB RAM, ruangan storan 8GB dengan sokongan kad mikro-SD, dan juga kamera belakang 8-megapixel. Peranti ini dilihat menjalankan Android 4.4 KitKat, serta dilengkapi antaramuka Touchwiz. Melalui gambar yang dikongsikan, sokongan LTE juga dilihat disertakan pada peranti ini.

Ia agak mengejutkan apabila melihat Senheng telah mula menawarkannya di Malaysia, memandangkan pihak Samsung masih belum mengumumkannya secara rasmi sehingga kini. Mungkinkah Malaysia merupakan salah satu negara terawal yang menawarkan peranti ini kepada pengguna?