This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Android L Developer Preview Diperkenalkan – Antaramuka, Prestasi Jauh Lebih Baik

Google hari ini memperkenalkan Android “L” Developer Preview yang membawakan pelbagai perubahan besar dalam sejarah sistem operasi milik mereka. Antara yang paling ketara ialah dari segi antaramuka Android L yang tampak lebih menarik.

android L 3

Memfokuskan kepada rekabentuk antaramuka, user experience dan juga prestasi, Android L menggunakan konsep “Material Design” , sebuah konsep dimana rupabentuk antaramuka sesebuah aplikasi selari dengan semua platform seperti pada laman web. Bermaksud apa yang anda lihat pada skrin smartphone anda ianya sama pada platform lain.

Antara aspek yang ditekan dalam versi android kali ini,

android L 6

Berikut antara perubahan pada antaramuka yang paling ketara dapat dilihat ialah pada Android L. Icon aplikasi dan Navigation Bar turut menggunakan icon baru, keyboard dengan antaramuka yang lebih flat dan menarik. Fungsi “Recents App” turut dikemaskini dimana ia mempunyai rupabentuk baru dan lebih mudah untuk di urus.

android L 5

Antara fungsi baru yang diperkenalkan pada Android L ialah sistem notifikasi dan bagaimana ia berfungsi pada smartphone anda. Notifikasi kini dipaparkan pada Lockscreen dimana pengguna dibenarkan untuk swipe untuk hilangkan notifikasi tersebut atau membukanya.

android L 7

Fungsi baru iaitu “Heads Up” turut diperkenalkan dimana anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini mengenai fungsi tersebut. Android L juga memperkenalkan sistem lockscreen baru digelar sebagai “Personal Lockscreen”, anda tidak perlu lagi menggunakan pin code untuk membuka skrin akan tetapi ianya boleh dilakukan menggunakan arahan suara atau bluetooth device.

Dari segi prestasi, Android L kini menggunakan sepenuhnya Art Runtime menggantikan Dalvik. Menurut Google, Art Runtime adalah 2 kali ganda lebih laju dan lebih baik berbanding Dalvik dari segi prestasi. Ianya juga sesuai sepenuhnya dengan sistem 64Bit.

android L 8

Perkara yang paling menarik mungkin berkenaan Projek Volta, iaitu sebuah projek memfokuskan kepada prestasi dan ketahanan bateri. Android L turut dilengkapi dengan fungsi Battery Saver terbina di dalam. Ini mungkin akan membuatkan ramai pengguna berasa gembira dengannya.

Menyentuh mengenai soal keselamatan atau sekuriti, Android L mempunyai ciri-ciri remote wipe yang berfungsi jika smartphone anda hilang atau dicuri. Fungsi ini akan mengembalikan smartphone anda kepada keadaan asal seperti baru tanpa sebarang data padanya.

Sistem operasi Android L ini akan dikeluarkan secara rasmi kepada pengguna sebelum penghujung tahun ini dan untuk para pembangun, ia akan dikeluarkan pada esok iaitu 26 Jun 2014.

0 comments:

Post a Comment